Yanie
July 13, 2021
Yanie
July 13, 2021
Pernahkah anda berbual dengan rakan-rakan dan mendengar mereka mengeluh tentang individu yang suka meluahkan pendapat di media sosial berkenaan isu semasa?
Atau pernahkah anda menonton video di laman sosial dan berkata, "Eh, biar betul?" atau "Macam mana lah benda macam ni pun boleh viral? Aku pun boleh buat!"
Saya tahu ramai antara kita mudah membuat kesimpulan yang bahan seperti ini dibuat hanya sekadar untuk meraih lebih banyak "LIKES" (TANDA SUKA) dan "COMMENTS" (KOMEN). Yang menonton kebanyakannya sekadar menikmati bahan kandungan tersebut atau menilai hantaran sebegini sebagai cara untuk mendapat lebih tontonan atau perhatian.
Berdasarkan pemerhatian saya, pendapat sebegini boleh dilihat di ruang digital tempatan dan antarabangsa, maka ia bukanlah berkaitan dengan budaya. Ia merupakan sesuatu yang semulajadi, kita berpandangan yang personaliti seseorang itu di media sosial menggambarkan dirinya yang sebenar di luar. Sekiranya seseorang itu gemarkan perhatian di luar, apa sahaja yang dilakukannya di medsos akan dilihat sebagai sesuatu untuk meraih perhatian juga, bukan?
Tapi dalam kehidupan sebenar, bukankah kita semua mahu untuk DISUKAI? Itu merupakan sifat semulajadi manusia. Sama ada anda suka atau pun tidak, itulah hakikatnya. Kita semua adalah makhluk sosial yang memerlukan penerimaan daripada orang lain. Semudah dipuji tentang pemakaian kita pun dah cukup membuatkan kita tersenyum sepanjang hari!
Walaubagaimanapun ini bukanlah perkara yang ingin saya ketengahkan untuk topik ini. Apa yang ingin saya kupas adalah berkenaan kepentingan 'TANDA SUKA' digital yang biasanya dilihat hanya sekadar simbol tanda sokongan. Saya berharapkan agar perbincangan di bawah bakal merubah perspektif anda terhadap TANDA SUKA dan KOMEN yang begitu penting bukan sekadar untuk kepuasan diri sendiri, bahkan untuk perkembangan karier profesional juga:
1| Nilai Digital Mempengaruhi Keyakinan
Menurut Pengasas OpenMinds, Jan Wong, kehadiran digital menentukan nilai digital anda. Dalam dunia teknologi kini, di mana internet adalah 'rumah' kedua kita, pernahkah anda terfikir berapakah nilai anda secara digital? Berapa kerap anda muncul di media sosial dan membentuk satu persona yang boleh dikaitkan dengan diri anda? Untuk menganggap setiap hantaran yang dikongsi atau ditulis adalah gambaran sebenar diri anda adalah kurang tepat, namun sokongan yang diterima hasil penulisan tersebut sedikit sebanyak menyumbang nilai digital kepada kehadiran anda. Nilai ini boleh meningkat sehinggakan orang ramai akan ternanti-nantikan pendapat anda setiap kali isu baru timbul.
Inilah antara sebab kenapa selebriti yang mempunyai bilangan pengikut yang ramai mampu mempengaruhi keputusan membeli orang lain tanpa bersusah-payah. Pengikut yang ramai membawa kepada peningkatan TANDA SUKA dan KOMEN, maka Kesan Bandwagon tercetus di sini.
Bagaimanapun itu tidak bermaksud yang anda perlu menjadi seorang selebriti untuk mendapatkan kesan yang sama, anda hanya perlu memperbaiki nilai digital agar lebih mudah diterima dengan cara berkongsi maklumat atau menyatakan pendapat pada isu-isu tertentu secara kerap, terutama sekali dalam bidang kepakaran anda. TANDA SUKA dan KOMEN yang diterima bakal mempengaruhi nilai keyakinan orang ramai terhadap anda.
2| Menghasilkan Lebih Banyak Sumber Pendapatan
Sekiranya anda berpendapat yang kita perlu bekerja dengan waktu bertugas 9pg-5ptg sahaja untuk mencari makan, nampaknya anda masih tinggal dalam era 90-an.
Mungkin jangkaan anda untuk menyaksikan kereta terbang pada tahun 2020 tidak menjadi kenyataan tetapi pernahkah anda terfikir tentang 'wang terbang'? Ya – zaman sekarang wang pun boleh terbang, malah ia terbang merentasi dunia melalui alam digital! Tapi anda mungin tertanya, bagaimana untuk membuatkan ia 'terbang'? Secara teknikalnya, anda boleh bekerja dengan syarikat luar negara walaupun tinggal di rumah di Setapak, KL (bukanlah sesuatu yang baru), tetapi berapa kerap anda jumpa rakyat Malaysia yang bekerja dengan cara ini? Dengan peningkatan kos sara hidup dan evolusi digital yang semakin pantas, masyarakat kini berusaha mencari cara untuk meningkatkan pendapatan melalui bayaran dalam nilai matawang asing. Salah satu caranya adalah dengan membuat saluran untuk membawa orang ramai masuk ke pautan yang mengundang mereka untuk membaca, menonton atau mendengar kandungan digital yang telah dibuat. Ini akhirnya akan menjana pendapatan menerusi hasil pengiklanan yang boleh jadi terdiri daripada sumber tempatan dan antarabangsa. Atau sekiranya anda menjalankan perniagaan, ini adalah cara yang bagus untuk mempromosi atau membawa prospek pembeli untuk melihat produk anda.
Oleh itu, saluran tersebut adalah sangat penting dan antara cara untuk mengukuhkannya adalah melalui TANDA SUKA dan KOMEN. Mendapat lebih banyak TANDA SUKA dan KOMEN pada hantaran anda bermaksud akan ada lebih ramai orang yang bakal memasuki zon pendapatan anda, jadi janganlah meremehkan kuasa 'ibu jari' ini!
Inilah juga punca agensi pemasaran (atau produser filem tempatan) kini mencari Influencer mikro dan makro – mereka sebenarnya mencari orang yang mempunyai ramai pengikut, TANDA SUKA dan KOMEN kerana ini memberi persepsi yang lebih banyak reaksi yang diperolehi oleh Influencer tersebut, maka lebih besarlah pendedahan yang diterima produk mereka.
Dan sekiranya lebih luas pendedahan yang diberi oleh seseorang Influencer, lebih besarlah peluang pendapatan yang bakal diperolehi!
3| Untuk Mengekalkan Tarikan (Engagement)
Bagaimana untuk kekalkan prestasi anda sekiranya tiada keterikatan (engagement) antara anda dan penonton anda? Adakah orang ramai akan masih ingatkan anda jika anda sekadar membuat dua, tiga hantaran atau setelah anda menjadi viral? Mungkin ya, tapi hanya untuk beberapa ketika dan mereka akan teruskan kehidupan seperti biasa. Ingat, orang datang dan pergi. Dan sekiranya anda mahu untuk terus diingati, anda tak boleh terus pergi, anda perlu teruskan membuat hantaran.
Berada di media sosial bermakna anda menghasilkan jenama anda sendiri. Menurut Pengasas Copyworks Group, Monique Holtman, setiap kali anda berinteraksi dengan individu di media sosial, kesedaran terhadap jenama anda akan meningkat secara keseluruhan. Bagi saya, ia merupakan kunci untuk kekal relevan. Untuk terus menjadi relevan dalam industri, anda perlu terus berkata tentangnya dan sentiasa memberi respon apabila mendapat komen di halaman anda. Sekiranya anda kerap berinteraksi, anda juga akan memberi kesan kepada algoritma media sosial tersebut, jadi jika anda mahukan bahan hantaran anda sentiasa muncul di newsfeed orang lain, teruskan memuat naik dan berkongsi hantaran yang bagus. Jangan berasa putus asa sekiranya melihat jumlah TANDA SUKA dan KOMEN yang rendah kerana terdapat ramai pembaca pasif (silent reader) di luar sana yang memerhatikan anda. Teruskannya agar anda dapat memperbaiki reputasi dan kredibiliti digital yang akhirnya akan menjana lebih TANDA SUKA dan KOMEN.
4| Membuatkan Orang Lebih Mengenali Anda
Fakta: populariti meningkatkan perhatian. Itulah sebabnya orang yang terkenal mudah menarik penonton.
Tapi bagaimana pula dengan orang kebanyakan macam anda dan saya? Seperti yang telah saya sebutkan tadi, anda tidak perlu menjadi figura terkenal untuk mendapatkan perhatian di rangkaian sosial. Anda hanya perlu mendapatkan TANDA SUKA dan KOMEN.
Bagi pengguna medsos tegar, TANDA SUKA dan KOMEN berfungsi seperti 'penyukat populariti' yang digunakan ke atas halaman bukan kepunyaan selebriti. Sekiranya anda ingin dilihat oleh mereka dalam industri, kekalkan kehadiran digital yang aktif dalam bidang kemahiran anda – galakkan perbincangan yang interaktif, timbulkan reaksi positif dan kekalkan berhubung untuk dapatkan lebih banyak TANDA SUKA dan KOMEN. Bakal majikan mungkin sedang memerhatikan anda di rangkaian sosial. Kajian terkini menunjukkan 70% majikan menggunakan media sosial untuk menapis calon sewaktu dalam proses mengambil pekerja. Hantaran anda yang popular mungkin boleh menyebabkan majikan lebih mengenali, mengikuti atau menawarkan anda pekerjaan.
Sekiranya anda bertuah, anda juga mungkin dikenali oleh figura terkenal dan pengaruh sosial sebegini boleh 'berjangkit'. TANDA SUKA atau KOMEN daripada Influencer boleh menjadi satu permulaan kepada peningkatan jumlah pengikut dan reaksi di halaman anda kerana ia membawa pengertian kepada pembaca bahawa pendapat mereka diterima oleh masyarakat umum. Lebih banyak TANDA SUKA dan KOMEN, akan terbitlah pelbagai lagi peluang karier, maka gunakan rangkaian sosial anda dengan bijak.
Sumber:
https://www.businessnewsdaily.com/2377-social-media-hiring.html
https://www.theukdomain.uk/why-engagement-rates-are-important-on-social-media/
https://www.adcocksolutions.com/post/the-bandwagon-effect
Have you ever had a casual conversation with your friends and you heard them criticize individuals who constantly express their thoughts on social media regarding current issues?
Or have you
ever seen some videos posted on social media and you go like, “Wait, what?” or “How is this going viral? I can do this too!”
I know many
of us would simply jump to conclusion that these contents are made merely to
get more ‘LIKES’ and ‘COMMENTS’. Most viewers would either enjoy it or judge
these posts as a way of getting more audience or attention.
Based on my
observation, these comments can be seen in both local and international digital
scene so, it’s not a cultural matter. It comes naturally, we think that a
person’s personality on social media represent themselves outside. If a person
likes to be the centre of attention outside, whatever he or she does on socmed
will be perceived as attention-seeking too, right?
But in real
life, wouldn’t we all want to be LIKED? After all, it is human nature. Whether
you like it or not, truth be told. We are all social beings who seeks others
for approval. As simple as getting complemented by how we dress could certainly
put a smile on our face the whole day!
Nonetheless
this is not where I’m heading to for this topic. Let’s discuss on the
importance of digital ‘LIKES’ that many people see as just an ordinary symbol
of support. I’m hoping that the points below would change your perspective on
why LIKES and COMMENTS are important not just for our personal self-gratification,
but also for our professional career growth:
1| Digital Value Influence Trust
According to the Founder of OpenMinds, Jan Wong, your digital presence will determine your digital value. In this world of technology where internet is our second home, have you ever wondered how much is your value, digitally? How often do you appear on social media and established a persona that everyone can remember about you? Saying the posts that you share or write is 100% representing your true character is not entirely accurate, but the support you received from writing those posts does contribute a portion of digital value to your presence. This value could be stretched to the extent that people look forward to your views whenever new issue arises.
This also explains why celebrities with high number of followers can effortlessly influence others' purchasing decision. Big followers resulted in big chunks of LIKES and COMMENTS, and hence, the Bandwagon Effect comes into action.
However, that doesn’t mean you have to be a celebrity to get the same effects but improving your digital value might help you attain a solid status for recognition by giving insights or stating your take on particular issues regularly, especially in your field of expertise. The LIKES and COMMENTS you receive will influence the level of trust that people put on you.
2| Generate More Income
If you
think that the only way for people to survive is by working a 9am-5pm job, then
you might still be stuck living in the 90s.
Your
expectation of seeing flying cars in the 2020s may not become a reality but have
you ever thought of ‘flying money’? Yes – money can travel these days; they
even travel across countries via digital realm! But how do you make money fly,
you may ask? Well technically, you can work for overseas companies while still
living in a house in Setapak, KL (which is nothing new), but how often do you
find Malaysians working this way? With higher cost of living and faster pace of
digital evolution, people are exploring ways to expand their income by getting
paid in a different currency. And one of them is by making funnels to
bring audience into reading, watching, or listening to their digital contents via
back-links. This eventually generates income through ads revenue, which can be
a mixture of local and international resources. Or if you are running a
business, this can be a great way of spreading the words and channel these
audience into checking out your products.
With that
being said, these funnels ARE important and what better ways to strengthen your
funnels if not by LIKES and COMMENTS? Getting more LIKES and COMMENTS on your
posts means more people will be entering your income-generating-zone, so do not
underestimate the power of the ‘thumbs-up’!
This is
also the reason why marketing agencies (or local film producers) look for micro
and macro influencers – they were actually looking for people (read:
influencers) with more followers, LIKES and COMMENTS as this brings in the perception
that the more reactions these influencers receive, the bigger exposure their
products were given.
And the
more visibility an influencer is able to give, more income opportunities will
be coming to his / her doorstep (inbox)!
3| To Enhance Engagement
How can you
stay on top of your game if there is no engagement between you and your
audience? Is it possible that people will still remember you after making those
two or three posts, or after you went viral recently? Perhaps yes, but only for
a limited time and they will ultimately move along. Remember, people come and go. And if you want
to be remembered, you can’t just go, you have to keep it coming.
Being in
social media means, you are creating your own brand. According to Monique
Holtman, the Founder of Copyworks Group,
every time an individual interacts with you on social media, overall awareness
of your brand increases. For me, it is key to staying relevant. To be relevant in
your industry, you have to keep talking about it and continue to respond whenever
people commented on your page. Your regular interactions would also affect social
media algorithms, so if you want your contents to show up on others’ newsfeed frequently,
continue to post and share good contents. Do not get demotivated when looking
at those low numbers of LIKES and COMMENTS, because bear in mind that there are
many silent readers out there who are watching you. Keep going as this will
improve your digital reputation and credibility over time which leads to higher
LIKES and COMMENTS.
4| Get People to Notice You
Fact: popularity
increase attention. Hence, famous people can easily attract audience.
But what about
ordinary people like you and me? Well, as I mentioned earlier, you don’t have
to be a public figure to get that attention on social network. All you have to
do is get those LIKES and COMMENTS.
For avid
socmed users, LIKES and COMMENTS act as a ‘popularity metrics’ used on
non-celebrity pages. If you want people in your industry to start recognizing
you, maintain an active digital presence in your field – prompt interactive
discussions, provoke positive reactions and stay connected to get more LIKES and
COMMENTS. Hiring managers could even be watching you on your social network. Latest
research shows that 70% employers use social media to screen candidates during
the hiring process, so your popular posts might get recruiters to notice,
follow and offer you jobs.
And if you
are lucky enough, you could even get a chance to be noticed by well-known
figures and social influence like this can be contagious. A LIKE or COMMENT by an influencer could well be a kick-off to more followers, LIKES
and COMMENTS as your audience learned that they share the same opinion with the
mass society. More LIKES and COMMENTS drive new career opportunities, so use
your social network wisely.
Sources:
https://www.businessnewsdaily.com/2377-social-media-hiring.html
https://www.theukdomain.uk/why-engagement-rates-are-important-on-social-media/
https://www.adcocksolutions.com/post/the-bandwagon-effect














